Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 7, 2007

main jer yek !!

Tuesday, November 20, 2007

3rd Birthday


My birthday celebration at school




Hadiah yang paling best dan paling suka ( golf set), siapa bagi ibuuuu



Tuesday, October 30, 2007

Hari Raya 2007


Selamat hari raya...
Danish dah besar..umur dah 1yr 10mth..
semakin nakal sekarang ni..dah pandai bercakap, banyak juga word yg Danish boleh sebut dengan jelas. Dan yang paling penting dah boleh panggil ibu..yuhuuuuu
sebelum ni panggil abah/mama jer. Nenek pun dah pandai panggil, kalau tidak mesti nenek jealous sebab Danish panggil atok jer.
Danish takut bila cousin (anak-anak mak long..abg Hilal dan abg Hazim) main mercun. Hilang macho hero ibu ni..
Hari raya 13 oct 2007, umur Danish ngam 1 thn 10 bulan. Dah pandai minta duit raya, dan tabiat yang lucu Danish buat ialah dapat jer duit raya mesti buka envolope tu cepat-cepat then ambil terus duit dlm tu..tengok gambar kat noted tu cakap "atok".mmmmm dimana sajer ingat atok..hehehehe
Danish puas berhari raya dari rumah ke rumah dr first day raya sampai la hari ni..ada sajer gelagat yang Danish buat..dan yang paling ibu/abah seram kalau Danish nak 'menyusun' bekas kuih di rumah orang..minum ais, carbonated drink semua Danish cuba nak minum. Nasib tak reti minum..itupun dah serak dah suara..batuk-batuk.
kuih yang Danish suka tak de. Danish suka makan kerepek dan maruku jer. Hidangan hari raya pula Danish suka makan ketupat lembik dan kuah lodeh.
Perkara yang tak boleh lupa ialah bila pergi berhari raya, dlm kereta Danish mesti 'nyanyi' lagu favourite "lorry,bus,lorry,bus,lorry"..suka sangat nampak 2 jenis kenderaan ni. Sampai jatuh tersungkur terpijak toy bus, habis calar pipi. jadi la parut nike kat pipi.Masa hari raya tak encem la anak teruna ibu ni.
Hari raya tahun ni kita pakai sedondon pink,purple,hitam. Semua kata Danish comel pakai baju melayu pink ni. Danish baru pandai pakai selipar sendiri. so hari raya pertama Danish berbaju melayu dan pakai selipar macam abah pakai capal. Baru match abah kata.


Thursday, July 5, 2007

Summaries previous diary

SmileyCentral.com
From previous recorded.....
His achievement, improvement, progress, activities...etc



~ 13/12/2005 - Danish lahir

~ 18/12/2005 (Day 5th) - Tanggal Pusat
~ 01/01/2006 (Day 20th) - Majlis Potong Jambul,Aqiqah seekor kambing.
~ 09/04/06 (4 mth) - Pandai mengesot..Danish tak pandai crawl !!..heheheee..different from others baby..


~ 13/05/2006 (5 mth) - Pindah rumah baru
...bought car seat for easier send and fetch from babysitter house.



~ 6/10/06 ( 10 mth) - Admitted at GH, Hospital Sultanah Aminah,JB..Bulan Puasa, JB Jerebu teruk..ramai baby kena lung infection. Doctor suspect Danish pun sama..sebab batuk lebih seminggu. But Alhamdulillah semuanya ok.

~ Hari Raya menjelang tiba..
Danish dah sihat. Tapi kita tak beraya banyak tempat sebab masih jerebu lagi.


~ 13/12/2006 (1 year)- Yihaaa!! my 1st birthday..
~ 11/01/07 (1 year 1 mth) - Danish dah mula nak tolak barang contoh bakul kain,push car,kerusi





~ 11/03/07(1yr 3mth) - Mula jalan jatuh...dlm 2 week dah pandai jalan sendiri...






~ 24/03/07 - Jalan ke Danga Bay..ini bukan first time pergi..dari Danish umur 3 bulan, dah pergi Danga Bay..tp kali lain sedikit..sebab Danish baru dapat kaki..tak pandai duduk diam la..kita jumpa untie Yati..jumpa kawan baru,Kak Fatin & Baby Hariz..Happy !!


~ 14/04/07 (1 yr 4 mth) ibu and abah prepared new room..Yeah !! I'm big boy, sleep alone.


~21/04/07 - ibu kirim toy..paling suka hot wheel dengan car's Superman..hari-hari Danish hempas pun tak pecah..syok main!! Masa ni lah jumpa untie Akmal Barizah dan dan anaknya.new freind..Dzarif..untie ni la tolong bawakan toy tu..
~01/05/07 ( 1yr 4mth ) - Abah plan dgn kawan2 nak pergi tepi laut..horeyyy!! Danish takut nak main air..jalan2 tepi pantai..tapi bila dah tengok kawan2 lain main air..Danish tak nak main kat tepi pantai lagi..syok mandi laut..badan,rambut habis berpasir.




~ 02/06/07 (1 yr 5 mth) - Dapat tricycle baru..push car baru..botol susu Dr.brown lagi..wahh !! best la.semua barang-barang ni ibu kirim dengan kawan ibu dari KL (untie Nita)..Arin cousin ibu past kat uncle bawak ke Jb..huh!jauh betul beli toy..



Wednesday, July 4, 2007

Online album


Untie Nita help mom to add page element for your on line album and your profile photo. We should say thanks to her...hehehehehe.
Ibu try to open in others PC..eh pelik, PC lain ada tulis add page element tu...something wrong with my PC..??
Ok ibu try explore guna laptop uncle Fahmie bila balik rumah nanti.

Online album Danish ibu dah pun siapkan. Semua gambar dari yahoo photo ibu dah migrate ke Kodak gallery...so dah bertukar ke file bmp. Semua gambar-gambar tu ibu masukkan ke dalam Flick. Ibu set public for this album, meaning all can preview your photo.

Gambar-gambar lain selepas ni semua akan ibu masukkan dalam shutterfly sebab unlimited, so senang lah..ibu boleh create album-album lain.

Monday, July 2, 2007

Create Blog


At last ibu pandai create blog for Danish...Yahoooooo...

Gambar Danish ibu create dlm Yahoo photo. Tapi yahoo photo dah nak close, so kena migrate.

Ibu tgh choose yg mana satu yg bagus. Harap-harap blog ni akan berguna untuk Danish di masa akan datang.