Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 1, 2010

Beli Basikal Baru

Melangkah lagi satu perubahan, dari basikal tricycle tele tubbies ke basikal beroda kecil..hati2 jangan jatuh..


Friday, January 29, 2010

4th Birthday





Sambut birthday yg ke-4 tahun ni, jalan2 pergi air terjun Kota Tinggi dengan atuk ajak / untie mak..potong kek dgn kekawan dan bagi junk food and makan2 kat school..simple jer

Click here to view these pictures larger

Wednesday, December 2, 2009

From the record

Started to sit: 5 months
First bath: 1st day
First Toy: 1 months
First Book: 3 months
First time home alone: Never
First Friend: Nurul
First time in daycare: 2 year 2 mth
First schoolday: 2 year 2 month
First Time Outside of Home: 5 days
First time hold a bottle: 1 year
First time held a cup: 1 year 2 mth
First Time ate Solid Food: 5 months
First time waved for goodbye: 8 months
First laughed: 4-5 months
First time grabed something with hand: 5 months
First time clapped hands: 8 months
First time stood up: 11 month
First step on foot: 1 year 3 months
First smile: 4 months old
First time slept in his/her own room: 1 year 4 month
Stopped wearing diapers all together: 2 years 5 months
First Tooth: 4 months old
First time rolled over: 3 month
First time started to climb: 7 months
First trip: 5 days (balik kampung)
First sport day : 2 years 7 month ( silver medal )
First presentation : 3 years 11 month
First exam : 2 years 11 month (N1)
First exam and well done : 3 years 11 month (N2)

Wednesday, November 25, 2009

Antara persembahan lain konvo 2009







Convo Era Bestari

Danish dah 4 tahun. Persembahan pertama danish..Jom tgk apa yg jadi







Lirik Laskar Pelangi oleh Nidji
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya
selamanya

Monday, November 23, 2009

Danish pandai jalan-17 March 2007.avi

Click here to view this video

Tahniah toilet train PASSED

5 May 2008

Teacher Nasha plan nak start toilet traning. So di rumah pun kena serentak. Ibu dah lama start tp on off..tu yg tak menjadi. Sungguh ibu tak sangka Danish dah ok bila hari keempat. Hari pertama – ketiga mmg habis basah la baju. Hari-hari abah kena basuh banyak baju-baju Danish..ala cian abah. Nasib 2-3 hari klu sebulan habis la. 13 May 2008 Danish dah ok. Siang malam dah tak pakai diapers. Tapi make sure buang air before sleep. Klu tidak mcm malam tadi la..banjir bilik ibu.

Hari pertama pergi Taska dan tadika Era bestari.

11 February 2008
Hari pertama pergi Taska dan tadika Era bestari. Pasti pengalaman yg aneh utk Danish
Dr hari pertama sampai hr keempat Danish menangis bila pagi ibu hantar. Selepas tu dah ok. Alhamdullilah lega ibu
Setiap pg pukul 7 ibu kejut Danish utk mandi. Sesuatu yg tak pernah di lakukan sebelum ni. Harap anak ibu kuat la. Semakin hari semakin ok. Teacher kata Danish tak nak berkawan. Menyendiri, marah bila kawan nak ajak berkawan. Sedih ibu dengar. Tapi selepas seminggu Alhamdullilah Danish dah ok. Ibu noted Danish banyak belajar bercakap. Dah pandai buat colouring, belajar ABC,Iqra’..suka tgk bab ni.

Planning Tahun Baru 2008

07 January 2008-Monday
Masih tak sempat lagi nak survey class painting untuk Danish. Ibu tengah pening cari art or painting class. Search di web tapi kebanyakan yang ibu jumpa hanya di KL. Di JB tak jumpa. Anybody can help me!!!. Ibu plan nak hantar Danish bila umur 3 years. Tapi tak jumpa infor lagi mengenai class ni. Takpe ibu akan usahakan. Mungkin bila ibu hantar Danish ke nursery tahun ni ibu boleh tanya dengan mommies kat sana.

Buat masa ni ibu dah beli buku Siri Bacalah Anakku. Alhamdullilah ibu menang pertandingan wajah-wajah merdeka tempoh hari, hadiah yg ibu dapat ialah voucher RM25.00, so ibu bayar set tu guna voucher dan tambah duit ibu sket. Mudah-mudahan dgn cara ini mudah untuk Danish belajar membaca. Kita cuba sama-sama ya !!
Infor yg ibu collect dr cousins ibu dan teman-teman ibu…cara terbaik utk ajar anak cepat membaca dgn cara phonic skill. Kalau anak hafal huruf macam selalu tp tak kenal huruf pun tak guna sbb itu Cuma utk MELATIH BERCAKAP DAN MENYEBUT dgn betul sahaja. Dan jika dah perkenalkan huruf tp tak tau ‘bunyinya apa’, akan jadi macam cousin ibu pulak, pergi Zoo nampak buaya..itu apa ? cuba baca..B-U-A-Y-A..biawakkk !! dia sebut sbb selalu nampak bentuk macam tu biawak..almaklumlah kat kampung ada banyak biawak. So moral of the story kena perkenalkan huruf tp tak perlu tau itu huruf apa dulu..yang penting tau huruf tu BUNYINYA APA. Kalau diteliti dan dibandingkan dengan kaedah membaca Iqra’ hampir serupa terus ingat bunyi sahaja bukan kenal Alif Ba Ta lagi seperti kaedah muqaddam seperti dahulu. Harap-harap CD panduan bacalah anakku itu boleh menjadikan Danish boleh membaca. Ibu target umur Danish 4 years dah boleh membaca both language ( English dan Bahasa )..tapi ibu tak berharap..tapi mencuba.

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1429
10 January 2008-1 Muharram 1429

Semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita, Insya Allah. AMIN.

Ibu dan abah cuti hari ni, tapi tetap hantar Danish ke rumah Ibu Lela. Ibu ada plan utk Danish. Cari oven..heheheh. Danish suka makan biskut. So ibu plan nak buat utk Danish.Lebih fresh dan selamat.Pagi-pagi dah pergi ke kedai electric. Alhamdullilah dapat yang paling terbaik dan harga yang paling murah antara banyak tpt yang ibu survey.
Selain itu, ibu pergi juga ke MPH book store, cari buku-buku sesuai utk Danish. Terjumpa buku ‘which one sound the transport’. Ibu pasti Danish suka. Sebab boleh dengar bunyi school bus honk, bunyi aeroplane dan byk lagi. Seperti yang ibu duga mmg Danish suka tapi takut bila bunyi aeroplane..sound like real hah..ehheee
Bilik Danish pun dah messy. Banyak sangat toy. You need a storage box. Ok lah Abah belikan sekali hari ini. Masa yang sesuai bawa barang yang besar sbb tak bawa Danish bershoping sama. So after this you must tidy up your room.

These are extra tips for all as given by Dr.Fadzilah Kamsah
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing. Wallahualam.




"Anak Soleh Penyejuk Di Mata Penawar Di Hati"
Cara - cara mendidik anak-anak

Dari kecil lagi mendidik anak-anak itu hendaklah kenalkan Tuhan , mencintai dan menakuti-Nya . Dari kecil lagi jangan terlalu dibelai dan dimanjakan
Kalau memarahinya jgn keterlaluan samapi hilang pertimbangan , jgn kerap pula dilakukan , Atau tidak pernah dimarahi , kejahatan dibiarkan berpanjangan
Sayang kita kepada anak itu jgn terlalu dinampakkan ,
Apa sahaja kehendak anak-anak ditunaikan tanpa dipersoalkan
Jgn dididik dengan duit keterlaluan dan berlebih-lebihan
Begitulah juga pakaian berlebih-lebihan hingga berlaku pembaziran
Kalau sekadar yang diperlukan itu tidak mengapa bahkan itu adalah kewajiban
Sembahyang dari kecil lagi diajar dan disuruh dirikan
Jangan setelah dewasa barulah hendak diperintahkan
Padahal sembahyang itu dari kecil lagi mesti dibiasakan
Supaya setelah dewasa ia telah mendarah mendaging , payah hendak ditinggalkan
Begitulah juga halal haram pantang - larang Tuhan dari kecil lagi diajarkan dan diamalkan
Setelah dewasa mereka mudah meneruskan kerana sudah kebiasaan
Dari kecil lagi pergaualan bebas dibataskan
Kalau hendak keluar rumah hendaklah dipersoalkan , balik ditanya mengapa lambat pulang hingga larut malam
Didik mereka memilih kawan yang beragama dan takutkan Tuhan
Silap pilih kawan , ia akan merosakkan .


19 January 2008 ( 10 muharram – hari Asyura )
Anjung Warisan Johor

Jom kita dinner di luar. Tempat pilihan ibu dan abah hari ni ke Anjung Warisan. Hari ni puasa sunat sempena hari Asyura dan berbelanja sket makan diluar bersama keluarga.
Plan asal petang nak bawa Danish ke Hutan Bandar mandi-manda , tapi cuaca tak mengizinkan. So, kita pusing-pusing cari Nursery lagi. Tp kebanyakan owner tak ada. Tak apalah ibu noted no telefon dulu.

Hari Raya Qurban

20 December 2007-Thursday
Hari ni hari raya Qurban. Kita tak balik kampung Batu Pahat tapi berhari raya di Felda, tempat kelahiran abah. Kita tidur rumah Mak long malam tadi. Mak long request tulang lembu utk di makan pagi raya. Mak long kata yg lain tak payah beli semua dah ada. Banyak betul Mak long masak, rendang daging, ayam masak kurma, lodeh, udang sambal, ketupat, dan tulang yg kita bawa mak long masak sup. Danish makan sup, suka hirup kuah..ermmm sedapppp…
Danish dah banyak berubah selepas umur 2 tahun ni. Siang hari nak tido bawah ..tak perlu tidur buai lagi..minum susu pun tak perlu bfeed lagi..Tp kebiasaan Danish pegang lengan dan siku ibu waktu nak susu dgn nak tidur tu masih sama.

Demam lagi
23 December 2007-Sunday
Esok Abah dan Ibu dah apply leave. So lepas pergi kenduri kahwin sepupu abah kita balik kampung Batu Pahat lagi. Danish banyak minum ais, biasalah tempat kenduri kahwen. Cuaca panas terik , ibu risau Danish batuk dan flu jer.

24 December 2007-Monday
Danish dah start demam dr malam lagi. Ibu dah beri ubat dari Dr Katni. Danish serasi dgn Dr Katni sahaja biasanya, so tak pergi ke klinik di Batu Pahat. Demam dah ok tapi Danish flu..ibu pun dah jangkit sama ni. Walaupun Danish tak sihat, tetap cergas..paling suka kalau ibu kata jom jalan-jalan..Danish pun sebut ‘jom alan-alannnn’..Abah pergi memancing..kita sibuk makan..heheee..

Balik kampung

Balik kampung
15 December 2007-Saturday.
Jom balik kampung. Since hantar nenek balik kampung last week Danish asyik je kata “nenek ampong la” nak jumpa nenek la tu. Ok la this weekend pun ada kenduri kahwen kat rumah adik atuk. So, kita balik kampung lagi la. Nampaknya setiap minggu kita balik kampong. Minggu Depan Hari Raya Qurban. Mesti kita balik juga klu tak balik pun kita mungkin balik masa Kristmas nanti.

No more breastfeed
16 December 2007-Sunday
Sebelum pergi rumah cousin ibu, kita pergi rumah mak bidan. Tujuan ibu bawa Danish ke sana bukan nak berurut, tapi nak pisahkan Danish dgn susu badan. Ibu bawa telur rebus, nenek tu ambil dan baca kan ayat sesuatu…Danish mmg suka makan telur rebus..terus jer kupas telur tu dan makan.
Danish tak lah terus lupa. Masih minta juga nak b/feed ni..tapi bila ibu bg Danish tak mau dah..terus minum susu botol. Tapi puas la merajuk menangis dulu.Dan satu lagi lepas Danish dah tak breastfeed Danish boleh tidur siang hari tanpa buaian. Dah besar anak ibu.

Happy Birthday




Happy Birthday ( 2 tahun )
13 December 2007-Thursday
Happy sangat hari ni ibu dan abah tak kerja macam biasa. Kami cuti tau untuk bawa Danish ke klinik check up untuk umur dah 2 tahun…happy birthday anak ku..semoga sihat,ceria,cerdik dan jadi anak yang soleh. Berat badan baru 9.05 kg dengan ketinggian 82cm. Masih kurang 400 gm utk di katakana berat normal. Nak buat macam mana comel macam ibu..ehheee. Tapi doctor pun dah cakap yang penting kesihatan dan perkembangan normal.

Selepas pergi ke klinik agenda kita pergi shopping. Beli sedikit sweet dan chocolate utk diberi pada kawan-kawan Danish dan anak-anak jiran. Selepas tu pergi ke Jaya Jusco Tebrau shopping lagi. Ibu dan abah pilihkan Danish baju,cap dan kasut. Dan yang paling Danish suka ada sandals yang sama macam Danish punya yang hilang hari tu. Danish dah petah bercakap..“ibu nak shiper tuuuu” hehehe punya la suka nampak sandal tu macam la Danish punya yang hilang dah jumpa balik, padahal yang itu kena beli baru. Tak kisah lah yang penting Danish happy di hari jadi kali ni.

Selepas dah settle baju2 tu kita pergi pula ke Toy R us.. “Wahhhh” Danish kata..memang setiap kali ke situ Danish suka apa taknya banyak toy..tak cukup tangan nak bawa toy..
Habis bab toy kita pergi ke JB town.. planned nak bawa Danish jalan ke Danga Bay..tapi sebelum tu pergi bayar Zakat duit simpanan dulu. Setiap tahun memang macam tu ambil masa sedikit alang-alang dah cuti singgah sebentar di Pusat Islam bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar. Kemudian kita pergi ke Masjid Abu Bakar untuk solat Zohor.

Selepas solat cuaca terang alhamdullilah boleh lah berjalan, almaklumlah musim tengkujuh. Hujan tak berhenti dah 3 hari. Turun dari Masjid Abu Bakar ternampak berderet-deret kereta parking untuk masuk ke Zoo. Abah terus sajer, sbb tahu ibu tak suka lama-lama di situ bau agak busuk. Suddenly Danish shouted, Nak acuk air..bird !! Ayam! Ayam!..danish teruja rupanya nampak zoo tu. Macam mana ni..terpandang ada banner tulis baru lepas gotong royong..harap2 bersih la tempatnya. Jom go to the Zoo !!. Puas lah Danish kejar bangau..Danish kata Ayam..heheee.

Masa nak beli kek pula..dah setle balik rumah kita potong kek plak. Ibu potong-potong dan bahagikan pada kawan-kawan dan anak-anak jiran dengan junk food yg kita beli. Danish tak makan pun kek..memang tak suka makan kek..tinggal kan sedikit untuk dibawa balik kampung bagi atuk dan nenek rasa.

Friday, December 7, 2007

main jer yek !!

Tuesday, November 20, 2007

3rd Birthday


My birthday celebration at school




Hadiah yang paling best dan paling suka ( golf set), siapa bagi ibuuuu



Tuesday, October 30, 2007

Hari Raya 2007


Selamat hari raya...
Danish dah besar..umur dah 1yr 10mth..
semakin nakal sekarang ni..dah pandai bercakap, banyak juga word yg Danish boleh sebut dengan jelas. Dan yang paling penting dah boleh panggil ibu..yuhuuuuu
sebelum ni panggil abah/mama jer. Nenek pun dah pandai panggil, kalau tidak mesti nenek jealous sebab Danish panggil atok jer.
Danish takut bila cousin (anak-anak mak long..abg Hilal dan abg Hazim) main mercun. Hilang macho hero ibu ni..
Hari raya 13 oct 2007, umur Danish ngam 1 thn 10 bulan. Dah pandai minta duit raya, dan tabiat yang lucu Danish buat ialah dapat jer duit raya mesti buka envolope tu cepat-cepat then ambil terus duit dlm tu..tengok gambar kat noted tu cakap "atok".mmmmm dimana sajer ingat atok..hehehehe
Danish puas berhari raya dari rumah ke rumah dr first day raya sampai la hari ni..ada sajer gelagat yang Danish buat..dan yang paling ibu/abah seram kalau Danish nak 'menyusun' bekas kuih di rumah orang..minum ais, carbonated drink semua Danish cuba nak minum. Nasib tak reti minum..itupun dah serak dah suara..batuk-batuk.
kuih yang Danish suka tak de. Danish suka makan kerepek dan maruku jer. Hidangan hari raya pula Danish suka makan ketupat lembik dan kuah lodeh.
Perkara yang tak boleh lupa ialah bila pergi berhari raya, dlm kereta Danish mesti 'nyanyi' lagu favourite "lorry,bus,lorry,bus,lorry"..suka sangat nampak 2 jenis kenderaan ni. Sampai jatuh tersungkur terpijak toy bus, habis calar pipi. jadi la parut nike kat pipi.Masa hari raya tak encem la anak teruna ibu ni.
Hari raya tahun ni kita pakai sedondon pink,purple,hitam. Semua kata Danish comel pakai baju melayu pink ni. Danish baru pandai pakai selipar sendiri. so hari raya pertama Danish berbaju melayu dan pakai selipar macam abah pakai capal. Baru match abah kata.


Thursday, July 5, 2007

Summaries previous diary

SmileyCentral.com
From previous recorded.....
His achievement, improvement, progress, activities...etc



~ 13/12/2005 - Danish lahir

~ 18/12/2005 (Day 5th) - Tanggal Pusat
~ 01/01/2006 (Day 20th) - Majlis Potong Jambul,Aqiqah seekor kambing.
~ 09/04/06 (4 mth) - Pandai mengesot..Danish tak pandai crawl !!..heheheee..different from others baby..


~ 13/05/2006 (5 mth) - Pindah rumah baru
...bought car seat for easier send and fetch from babysitter house.



~ 6/10/06 ( 10 mth) - Admitted at GH, Hospital Sultanah Aminah,JB..Bulan Puasa, JB Jerebu teruk..ramai baby kena lung infection. Doctor suspect Danish pun sama..sebab batuk lebih seminggu. But Alhamdulillah semuanya ok.

~ Hari Raya menjelang tiba..
Danish dah sihat. Tapi kita tak beraya banyak tempat sebab masih jerebu lagi.


~ 13/12/2006 (1 year)- Yihaaa!! my 1st birthday..
~ 11/01/07 (1 year 1 mth) - Danish dah mula nak tolak barang contoh bakul kain,push car,kerusi





~ 11/03/07(1yr 3mth) - Mula jalan jatuh...dlm 2 week dah pandai jalan sendiri...






~ 24/03/07 - Jalan ke Danga Bay..ini bukan first time pergi..dari Danish umur 3 bulan, dah pergi Danga Bay..tp kali lain sedikit..sebab Danish baru dapat kaki..tak pandai duduk diam la..kita jumpa untie Yati..jumpa kawan baru,Kak Fatin & Baby Hariz..Happy !!


~ 14/04/07 (1 yr 4 mth) ibu and abah prepared new room..Yeah !! I'm big boy, sleep alone.


~21/04/07 - ibu kirim toy..paling suka hot wheel dengan car's Superman..hari-hari Danish hempas pun tak pecah..syok main!! Masa ni lah jumpa untie Akmal Barizah dan dan anaknya.new freind..Dzarif..untie ni la tolong bawakan toy tu..
~01/05/07 ( 1yr 4mth ) - Abah plan dgn kawan2 nak pergi tepi laut..horeyyy!! Danish takut nak main air..jalan2 tepi pantai..tapi bila dah tengok kawan2 lain main air..Danish tak nak main kat tepi pantai lagi..syok mandi laut..badan,rambut habis berpasir.




~ 02/06/07 (1 yr 5 mth) - Dapat tricycle baru..push car baru..botol susu Dr.brown lagi..wahh !! best la.semua barang-barang ni ibu kirim dengan kawan ibu dari KL (untie Nita)..Arin cousin ibu past kat uncle bawak ke Jb..huh!jauh betul beli toy..



Wednesday, July 4, 2007

Online album


Untie Nita help mom to add page element for your on line album and your profile photo. We should say thanks to her...hehehehehe.
Ibu try to open in others PC..eh pelik, PC lain ada tulis add page element tu...something wrong with my PC..??
Ok ibu try explore guna laptop uncle Fahmie bila balik rumah nanti.

Online album Danish ibu dah pun siapkan. Semua gambar dari yahoo photo ibu dah migrate ke Kodak gallery...so dah bertukar ke file bmp. Semua gambar-gambar tu ibu masukkan ke dalam Flick. Ibu set public for this album, meaning all can preview your photo.

Gambar-gambar lain selepas ni semua akan ibu masukkan dalam shutterfly sebab unlimited, so senang lah..ibu boleh create album-album lain.

Monday, July 2, 2007

Create Blog


At last ibu pandai create blog for Danish...Yahoooooo...

Gambar Danish ibu create dlm Yahoo photo. Tapi yahoo photo dah nak close, so kena migrate.

Ibu tgh choose yg mana satu yg bagus. Harap-harap blog ni akan berguna untuk Danish di masa akan datang.