Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Happy Birthday




Happy Birthday ( 2 tahun )
13 December 2007-Thursday
Happy sangat hari ni ibu dan abah tak kerja macam biasa. Kami cuti tau untuk bawa Danish ke klinik check up untuk umur dah 2 tahun…happy birthday anak ku..semoga sihat,ceria,cerdik dan jadi anak yang soleh. Berat badan baru 9.05 kg dengan ketinggian 82cm. Masih kurang 400 gm utk di katakana berat normal. Nak buat macam mana comel macam ibu..ehheee. Tapi doctor pun dah cakap yang penting kesihatan dan perkembangan normal.

Selepas pergi ke klinik agenda kita pergi shopping. Beli sedikit sweet dan chocolate utk diberi pada kawan-kawan Danish dan anak-anak jiran. Selepas tu pergi ke Jaya Jusco Tebrau shopping lagi. Ibu dan abah pilihkan Danish baju,cap dan kasut. Dan yang paling Danish suka ada sandals yang sama macam Danish punya yang hilang hari tu. Danish dah petah bercakap..“ibu nak shiper tuuuu” hehehe punya la suka nampak sandal tu macam la Danish punya yang hilang dah jumpa balik, padahal yang itu kena beli baru. Tak kisah lah yang penting Danish happy di hari jadi kali ni.

Selepas dah settle baju2 tu kita pergi pula ke Toy R us.. “Wahhhh” Danish kata..memang setiap kali ke situ Danish suka apa taknya banyak toy..tak cukup tangan nak bawa toy..
Habis bab toy kita pergi ke JB town.. planned nak bawa Danish jalan ke Danga Bay..tapi sebelum tu pergi bayar Zakat duit simpanan dulu. Setiap tahun memang macam tu ambil masa sedikit alang-alang dah cuti singgah sebentar di Pusat Islam bersebelahan dengan Masjid Abu Bakar. Kemudian kita pergi ke Masjid Abu Bakar untuk solat Zohor.

Selepas solat cuaca terang alhamdullilah boleh lah berjalan, almaklumlah musim tengkujuh. Hujan tak berhenti dah 3 hari. Turun dari Masjid Abu Bakar ternampak berderet-deret kereta parking untuk masuk ke Zoo. Abah terus sajer, sbb tahu ibu tak suka lama-lama di situ bau agak busuk. Suddenly Danish shouted, Nak acuk air..bird !! Ayam! Ayam!..danish teruja rupanya nampak zoo tu. Macam mana ni..terpandang ada banner tulis baru lepas gotong royong..harap2 bersih la tempatnya. Jom go to the Zoo !!. Puas lah Danish kejar bangau..Danish kata Ayam..heheee.

Masa nak beli kek pula..dah setle balik rumah kita potong kek plak. Ibu potong-potong dan bahagikan pada kawan-kawan dan anak-anak jiran dengan junk food yg kita beli. Danish tak makan pun kek..memang tak suka makan kek..tinggal kan sedikit untuk dibawa balik kampung bagi atuk dan nenek rasa.

0 comments: