Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Planning Tahun Baru 2008

07 January 2008-Monday
Masih tak sempat lagi nak survey class painting untuk Danish. Ibu tengah pening cari art or painting class. Search di web tapi kebanyakan yang ibu jumpa hanya di KL. Di JB tak jumpa. Anybody can help me!!!. Ibu plan nak hantar Danish bila umur 3 years. Tapi tak jumpa infor lagi mengenai class ni. Takpe ibu akan usahakan. Mungkin bila ibu hantar Danish ke nursery tahun ni ibu boleh tanya dengan mommies kat sana.

Buat masa ni ibu dah beli buku Siri Bacalah Anakku. Alhamdullilah ibu menang pertandingan wajah-wajah merdeka tempoh hari, hadiah yg ibu dapat ialah voucher RM25.00, so ibu bayar set tu guna voucher dan tambah duit ibu sket. Mudah-mudahan dgn cara ini mudah untuk Danish belajar membaca. Kita cuba sama-sama ya !!
Infor yg ibu collect dr cousins ibu dan teman-teman ibu…cara terbaik utk ajar anak cepat membaca dgn cara phonic skill. Kalau anak hafal huruf macam selalu tp tak kenal huruf pun tak guna sbb itu Cuma utk MELATIH BERCAKAP DAN MENYEBUT dgn betul sahaja. Dan jika dah perkenalkan huruf tp tak tau ‘bunyinya apa’, akan jadi macam cousin ibu pulak, pergi Zoo nampak buaya..itu apa ? cuba baca..B-U-A-Y-A..biawakkk !! dia sebut sbb selalu nampak bentuk macam tu biawak..almaklumlah kat kampung ada banyak biawak. So moral of the story kena perkenalkan huruf tp tak perlu tau itu huruf apa dulu..yang penting tau huruf tu BUNYINYA APA. Kalau diteliti dan dibandingkan dengan kaedah membaca Iqra’ hampir serupa terus ingat bunyi sahaja bukan kenal Alif Ba Ta lagi seperti kaedah muqaddam seperti dahulu. Harap-harap CD panduan bacalah anakku itu boleh menjadikan Danish boleh membaca. Ibu target umur Danish 4 years dah boleh membaca both language ( English dan Bahasa )..tapi ibu tak berharap..tapi mencuba.

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1429
10 January 2008-1 Muharram 1429

Semoga Allah memberi kita kesihatan, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita, Insya Allah. AMIN.

Ibu dan abah cuti hari ni, tapi tetap hantar Danish ke rumah Ibu Lela. Ibu ada plan utk Danish. Cari oven..heheheh. Danish suka makan biskut. So ibu plan nak buat utk Danish.Lebih fresh dan selamat.Pagi-pagi dah pergi ke kedai electric. Alhamdullilah dapat yang paling terbaik dan harga yang paling murah antara banyak tpt yang ibu survey.
Selain itu, ibu pergi juga ke MPH book store, cari buku-buku sesuai utk Danish. Terjumpa buku ‘which one sound the transport’. Ibu pasti Danish suka. Sebab boleh dengar bunyi school bus honk, bunyi aeroplane dan byk lagi. Seperti yang ibu duga mmg Danish suka tapi takut bila bunyi aeroplane..sound like real hah..ehheee
Bilik Danish pun dah messy. Banyak sangat toy. You need a storage box. Ok lah Abah belikan sekali hari ini. Masa yang sesuai bawa barang yang besar sbb tak bawa Danish bershoping sama. So after this you must tidy up your room.

These are extra tips for all as given by Dr.Fadzilah Kamsah
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better that those who listen to him directly...Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing. Wallahualam.




"Anak Soleh Penyejuk Di Mata Penawar Di Hati"
Cara - cara mendidik anak-anak

Dari kecil lagi mendidik anak-anak itu hendaklah kenalkan Tuhan , mencintai dan menakuti-Nya . Dari kecil lagi jangan terlalu dibelai dan dimanjakan
Kalau memarahinya jgn keterlaluan samapi hilang pertimbangan , jgn kerap pula dilakukan , Atau tidak pernah dimarahi , kejahatan dibiarkan berpanjangan
Sayang kita kepada anak itu jgn terlalu dinampakkan ,
Apa sahaja kehendak anak-anak ditunaikan tanpa dipersoalkan
Jgn dididik dengan duit keterlaluan dan berlebih-lebihan
Begitulah juga pakaian berlebih-lebihan hingga berlaku pembaziran
Kalau sekadar yang diperlukan itu tidak mengapa bahkan itu adalah kewajiban
Sembahyang dari kecil lagi diajar dan disuruh dirikan
Jangan setelah dewasa barulah hendak diperintahkan
Padahal sembahyang itu dari kecil lagi mesti dibiasakan
Supaya setelah dewasa ia telah mendarah mendaging , payah hendak ditinggalkan
Begitulah juga halal haram pantang - larang Tuhan dari kecil lagi diajarkan dan diamalkan
Setelah dewasa mereka mudah meneruskan kerana sudah kebiasaan
Dari kecil lagi pergaualan bebas dibataskan
Kalau hendak keluar rumah hendaklah dipersoalkan , balik ditanya mengapa lambat pulang hingga larut malam
Didik mereka memilih kawan yang beragama dan takutkan Tuhan
Silap pilih kawan , ia akan merosakkan .


19 January 2008 ( 10 muharram – hari Asyura )
Anjung Warisan Johor

Jom kita dinner di luar. Tempat pilihan ibu dan abah hari ni ke Anjung Warisan. Hari ni puasa sunat sempena hari Asyura dan berbelanja sket makan diluar bersama keluarga.
Plan asal petang nak bawa Danish ke Hutan Bandar mandi-manda , tapi cuaca tak mengizinkan. So, kita pusing-pusing cari Nursery lagi. Tp kebanyakan owner tak ada. Tak apalah ibu noted no telefon dulu.

0 comments: